Header Ads

test

 

🎓 BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT (BAKIPT) 2025 – JANGAN LEPASKAN PELUANG! 🎓
💰 RM300 One-Off untuk pelajar SEMESTER PERTAMA yang layak!
✅ Anak Kedah? Ini untuk anda!
✅ Kemasukan baharu ke IPT dalam atau luar negara? Rebut bantuan ini!
✅ Permohonan online, mudah & pantas!
Syarat Permohonan :
🔰 Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
🏠 Pemohon / Ibu / Bapa LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT)
💵 Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah sehingga RM5,249.00 (tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan).
🎓 Permohonan dibuka bagi peringkat :
a) STPM
b) STAM
c) Sijil Politeknik
d) Sijil Matrikulasi
e) ASASI
f) Diploma
g) Ijazah Sarjana Muda
🗒️ Pengajian mestilah secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2025 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
📒 Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH / IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency)
🧾 Pemohon hendaklah membuat BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN atau mengemukakan RESIT BAYARAN / SURAT PENGESAHAN PENERIMAAN TAWARAN MASUK SEKOLAH / IPT.
👨🏻‍🎓 Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
🚫 Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon :
a) Pelajar PASCA-SISWAZAH
b) Pelajar SEPARUH MASA
c) Pelajar LUAR KAMPUS
d) Pelajar di INSTITUT PERGURUAN (IPG)
e) Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
f) Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
g) Pelajar Sijil Kemahiran Vokasional
h) Pelajar Sijil Kolej Komuniti
Kadar Bantuan : RM300.00 (oneoff)
Kaedah Permohonan :
Secara dalam talian (Online) melalui pautan https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt
Tarikh Permohonan :
(Semester Pertama Kemasukan Baharu Tahun 2025)
🗓️ 1 Mac 2025 - 31 Oktober 2025
Info Lanjut :
📞Hotline : 04-7027297 / 04 -7027291
📧E-mel : sppnk@kedah.gov.my
📍Unit Penajaan (BAKIPT)
Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah
Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar Kedah
Peringatan :
Setiap pemohonan hendaklah dibuat secara DALAM TALIAN (ONLINE) sahaja.
Terima kasih.
🚨 Jangan tunggu saat akhir! Bantu ringankan beban, mulakan pengajian dengan lebih tenang! 🔥

Tiada ulasan