Header Ads

test

EMPAT PELAJAR MENERIMA POTONGAN PINJAMAN DARI UNIT PENDIDIKAN KEDAH ALOR SETAR – Empat pelajar Pengajian Tinggi menerima potong...


EMPAT PELAJAR MENERIMA POTONGAN PINJAMAN DARI UNIT PENDIDIKAN KEDAH ALOR SETAR – Empat pelajar Pengajian Tinggi menerima potongan pinjaman dari Unit Pendidikan negeri Kedah atas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Kelayakan menerima potongan ini dilihat kepada pencapaian Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Pelajar yang menerima potongan 100 peratus adalah Nor Ashikin Azmi 3.84 PNGK. Manakala tiga orang pelajar yang menerima potongan pinjaman sebanyak 50 peratus ialah Hanif Izzuddin Osman 3.60 PNGK, Izdayanah Bukhari 3.54 PNGK dan Nur Shuhada Saidin 3.50 PNGK. Menurut Haji Sanusi, jumlah keseluruhan potongan sebanyak RM56,536.00. "Saya mengucapkan tahniah kepada keempat-empat pelajar yang telah mencapai PNGK yang melayakkan mereka mendapat potongan 100% dan 50%." "Kepada peminjam-peminjam yang telah meminjam daripada Lembaga Biasiswa negeri Kedah, saya ingin menasihati mereka untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai gred PNGK yang melayakkan mereka ini mendapat potongan pinjaman," ujar beliau ketika sidang media di Wisma Darul Aman di sini, sebentar tadi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/28/2020, 5:01:36 PM 

Tiada ulasan