Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


BINA APLIKASI KESAN KECICIRAN PELAJAR DENGAN CEPAT ALOR SETAR – Satu pembentangan penyelidikan dari Universiti Utara Malaysia dibentangkan kepada Menteri Besar Kedah YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman hari ini. Pembentangan ini adalah untuk mencapai kata sepakat dari YAB Haji Sanusi. Professor Dr Rosna Awang Hashim berkata, program yang dijalankan ini mengambil masa tiga hingga lima tahun dan sasaran program ini adalah kepada B40. Penyelidikan ini mempunyai matlamat untuk mengurangkan masalah keciciran pelajar di negeri Kedah. Program ini juga mencipta satu aplikasi mengenal pasti tahap keciciran pelajar dengan lebih mudah. Turut hadir Pensyarah Kanan UUM, Dr Mohd Fairuz Jafar, Professor Madya Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Dr Norhafezah Yusof. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/28/2020, 3:02:00 PM 

Tiada ulasan