Header Ads

test

Hujan renyai kemudiannya lebat yang turun membasahi bumi Parit Panjang, Baling serentak keranda Allahyarham diusung keluar dari ...


Hujan renyai kemudiannya lebat yang turun membasahi bumi Parit Panjang, Baling serentak keranda Allahyarham diusung keluar dari Masjid Az-Zuhdi seolah menangisi pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Rifae' Yaakob. Solat jenazah sebelum zohor dilangsungkan di madrasahnya, diikuti tiga kali lagi solat jenazah di masjid berkenaan memandangkan kehadiran yang ramai dan mematuhi SOP. Allahyarham tuan guru menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi setelah dirawat di hospital Sungai Petani. Mudir Madrasah Zuhdiah itu sangat disegani dan menjadi rujukan oleh para asatizah terutama dalam ilmu tasawwuf. Semasa hayatnya, Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah pada tahun 2019. Menteri Besar, Haji Muhammad Sanusi Md. Nor yang bergegas pulang dari Ipoh, sempat bersama para jemaah menunaikan solat jenazah Allahyarham tuan guru di masjid diimamkan Ustaz Ismail Mahmud Bandar Hilir. Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham tuan guru dan menganggap permergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negeri dan penduduk Baling dan sekitarnya. #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/12/2020, 4:07:19 PM 

Tiada ulasan