Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ADUN KERAJAAN KEDAH, YAYASAN AMAL DAN FAMA HULUR BANTUAN PKPDB PENJARA ALOR SETAR ALOR SETAR – ADUN-ADUN Kerajaan Negeri bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA), Yayasan Amal Kedah dan Ayam Bismi menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada 90 keluarga yang dikenakan PKPD Bersasar di Kuaters Penjara Alor Setar hari ini. Menurut Pengarah Komunikasi Ayam Bismi, Saifuddin Rosli, program sumbangan ini merupakan siri kedua dan beliau memaklumkan akan menjalankan program sumbangan ini di PKPD Bersasar Penjara Pokok Sena pada siri yang seterusnya. Bekalan makanan ini antaranya sayuran dan bahan masakan seperti kentang, kubis dan bawang dari pihak FAMA. Sumbangan Ayam Bismi ditaja oleh Yayasan Amal Kedah. Turut hadir Pengarah FAMA negeri Kedah, Isa Haji Hamzah. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/12/2020, 6:01:50 PM 

Tiada ulasan