Header Ads

test

MB KEDAH SALUR RM21,800 BANTUAN PKPDB PENJARA ALOR SETAR ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah menyampaikan sumbangan berjumlah RM21...


MB KEDAH SALUR RM21,800 BANTUAN PKPDB PENJARA ALOR SETAR ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah menyampaikan sumbangan berjumlah RM21...
MB KEDAH SALUR RM21,800 BANTUAN PKPDB PENJARA ALOR SETAR ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah menyampaikan sumbangan berjumlah RM21,800 kepada 84 keluarga yang menetap di perumahan kakitangan dan 330 petugas barisan hadapan (frontliner) yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di kawasan Penjara Alor Setar. Sumbangan YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor itu disampaikan kepada Pegawai Daerah Kota Setar, Dato' Mohd Asri Redha Abdul Rahman selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, tengah hari tadi. Sumbangan kepada 330 petugas frontliner itu melibatkan seramai 290 darinya adalah staf penjara dan 40 staf Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditugaskan di sana. 84 keluarga di kuaters kakitangan penjara tersebut dibekalkan dengan wang tunai sebanyak RM 200 bersama hamper barangan asas yang mengandungi beras, minyak, gula, biskut, lampin bayi dan air mineral. Sebelum ini, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan PKPDB secara pentadbiran di kawasan penjara termasuk perumahan kakitangan selama 14 hari berkuat kuasa mulai 6 Oktober 2020 rentetan terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan Penjara Alor Setar. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/7/2020, 3:36:25 PM 

Tiada ulasan