Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
MADRASAH ISLAHIAH SUNGAI KARANGAN TERBAKAR Madrasah Islahiah Sungai Karangan, Padang Serai (Pondok Tuan Guru Haji Adnan) mengalami tragedi kebakaran pada malam tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Difahamkan ketika kejadian, para pelajar dan penghuni pondok sedang menunaikan solat maghrib di masjid. Sebanyak tujuh kereta bomba tiba untuk mengawal api dari terus merebak ke pondok yang lain. ADUN Merbau Pulas, YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali turun padang menziarahi kawasan pondok bagi memantau situasi yang berlaku dan mengambil maklum untuk tindakan selanjutnya. "Takziah diucapkan buat Tuan Guru dan seluruh warga pondok. Pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Merbau Pulas akan berusaha membantu dengan memberi sumbangan seadanya untuk para pelajar mendapat kembali keselesaan yang baik untuk terus menuntut ilmu," ujarnya. ADUN Merbau Pulas merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang memegang potfolio Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan. Sumber : Dato' Ustazah Ashah Hj Ghazali 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/7/2020, 2:36:28 PM 

Tiada ulasan