Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
SETPOL MB KEDAH, KFA BERTEMU PENYOKONG HIJAU KUNING KEPALA BATAS - Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Ustaz Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden bersama KFA mengadakan perjumpaan khas dengan Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah di Raia Hotel, di sini. Perbincangan tersebut dibuat bagi mendengar cadangan, hasrat dan lontaran idea terutama berkaitan logo dan nama kelab bola sepak yang baharu setelah menerima pelbagai reaksi di media sosial selepas diumumkan oleh Presiden KFA, Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, 30 September lalu. Setiausaha Politik dan Pegawai Khas kepada Menteri Besar mengambil maklum semua cadangan dan akan memanjangkan perkara tersebut ke pengetahuan YAB Menteri Besar Kedah berkaitan langkah memperkasa pasukan Hijau Kuning di persada bola sepak tanah air. Turut hadir Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid, Naib Presiden KFA, Haji Muhamad Radhi Mat Din, Khamal Idris Haji Ali dan Setiausaha Eksekutif KFA, Shahrul Samsudin. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/2/2020, 11:00:09 AM 

Tiada ulasan