Header Ads

test

SELESA DI ALAM KUBUR Baru-baru ni saya ada dengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, kat dunia ja...


SELESA DI ALAM KUBUR Baru-baru ni saya ada dengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, kat dunia ja...
SELESA DI ALAM KUBUR Baru-baru ni saya ada dengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur. Amalkan 3 perkara ni: 1. Baca Al Quran sebelum subuh. Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Al Quran yang dibaca sebelum subuh. Al Quran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat. 2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam. Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Al Quran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya. 3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat. Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa? ALHAMDULILLAH.. #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/1/2020, 11:00:23 PM 

Tiada ulasan