Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PELAKSANAAN TABUNG WANITA SEJAHTERA ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan, Keluarga & Masyarakat, YB Hajah Halimaton Shaadiah Saad mempengerusikan Taklimat Tabung Sejahtera Wanita (TSW) Negeri Kedah kepada Pusat Khidmat ADUN dan Penyelaras DUN. TSW adalah susulan daripada Bantuan Tabung Khas Wanita Negeri Kedah yang telah dilaksanakan pada tahun 2019. Terdapat sebanyak 42,515 permohonan yang telah direkod dan dikunci masuk oleh pihak urusetia melalui Sistem Tabung Khas Wanita Negeri Kedah (ETKW) yang melibatkan kesemua 36 buah DUN di seluruh Negeri Kedah. Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kedah telah bersetuju untuk memberi RM500 secara 'one-off' kepada maksima 30 orang penerima daripada kategori (F) iaitu golongan wanita yang memerlukan bantuan kewangan bagi meningkatkan aktiviti ekonomi bagi menambah pendapatan keluarga bagi 36 DUN di negeri Kedah. Jumlah keseluruhan bagi permohonan kategori (F) bagi 36 DUN adalah sebanyak 16,022 permohonan. Namun, Sistem Tabung Khas Wanita Negeri Kedah (ETKW) telah menapis pemohon yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan Kedah 2016 : iaitu sebanyak RM866 (bulanan) dan RM227 (perkapita) bagi memilih pemohon yang berkelayakan mengikut kriteria yang ditetapkan. Jumlah yang telah ditapis oleh sistem bagi kategori berikut adalah sebanyak 3,477 orang pemohon yang berkelayakan bagi 36 DUN di seluruh negeri Kedah. 952 penerima yang berjaya bagi setiap 36 DUN iaitu maksima sebanyak 30 orang penerima untuk golongan wanita yang memerlukan bantuan kewangan bagi meningkatkan aktiviti ekonomi bagi menambah pendapatan keluarga yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan Kedah 2016. Penerima yang Berjaya telah disenarai pendek dan dipilih berdasarkan keutamaan bagi yang berpendapatan yang paling rendah dan pemohon yang berniaga/usahawan untuk meningkatkan pendapatan mereka. Pelaksanaan pembayaran sumbangan Tabung Sejahtera Wanita Negeri Kedah adalah melalui saluran terus ke dalam akaun bank Pusat Khidmat DUN dan Penyelaras DUN masing-masing. Pusat Khidmat DUN dan Penyelaras DUN bertanggungjawab untuk menyerahkan sumbangan tersebut sebanyak RM500 kepada seorang penerima sumbangan mengikut senarai nama yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tabung Sejahtera Wanita Negeri Kedah. KRITERIA PENERIMA YANG BERJAYA 1) Wanita yang Warganegara Malaysia 2) Borang permohonan oleh pemohon adalah lengkap dan telah disahkan dan disaksikan oleh Pusat Khidmat DUN dan Penghulu Mukim. 3) Pendapatan di bawah PGK Kedah 2016 : RM866 (bulanan) dan RM227 (perkapita) 4) Penerima yang berumur 18 tahun hingga 65 tahun bagi kategori F iaitu golongan wanita yang memerlukan bantuan kewangan bagi meningkatkan aktiviti ekonomi bagi menambah pendapatan keluarga. 5) Kuota yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi setiap 36 DUN adalah sebanyak maksima 30 orang penerima sahaja mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Sumber : YB KAK TON 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/19/2020, 11:18:02 AM 

Tiada ulasan