Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


BANJIR LUMPUR DI MERBOK DALAM PEMERHATIAN MERBOK - Beberapa kampung di sekitar Merbok dilanda banjir lumpur yang teruk akibat dari hujan lebat baru-baru ini. Isu banjir lumpur ini telah diketengahkan oleh ADUN Tanjung Dawai, Ustaz Hanif Ghazali dan telah mendapat perhatian Pejabat Daerah Kuala Muda. Pegawai Daerah Kuala Muda, Haji Abdullah Hashim bersama pegawai-pegawai agensi daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turun padang untuk melihat sendiri tapak projek tanaman durian yang menjadi punca banjir lumpur sejak beberapa minggu yang lalu. Arahan dan cadangan telah dikemukakan kepada pihak tuan tanah projek bagi mengatasi masalah dan rungutan penduduk. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/19/2020, 1:00:02 PM 

Tiada ulasan