Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KFA PERTAHAN SANUSI SEBAGAI PRESIDEN ALOR SETAR : Mesyuarat Khas Jawatankuasa Eksekutif KFA mengumumkan akan membuat rayuan kepada YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor bagi mengekalkan jawatannya sebagai Presiden KFA sehingga habis penggal pada 2022 nanti. Pengumuman tersebut diumumkan oleh Timbalan Presiden KFA, Dato' Haji Abdul Rahman Abdullah. Kita (KFA) akan merayu kepada YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Presiden KFA supaya meneruskan khidmat sekurang-kurangnya hingga tamat musim ini, kalau boleh kita harap YAB akan memimpin KFA sehingga habis penggal pada 2022," ujar Timbalan Presiden KFA, Dato' Haji Abdul Rahman Abdullah. KFA menghargai jasa presidennya, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor sepanjang penglibatan beliau sebagai Presiden KFA. Haji Sanusi telah berjaya menyelesaikan beberapa masalah besar seperti melangsaikan tunggakan hutang dan memastikan kewangan dan penajaan pasukan efisien serta berjaya mendapat kelulusan FAM bagi pemisahan FA kepada FC. KFA juga menghargai keprihatinan beliau yang menitikberatkan kebajikan pemain dan pengurusan KFA serta membantu proses kelulusan pelesenan kelab peringkat kebangsaan dan AFC. Jelasnya lagi, segala usaha Presiden KFA telah mengembalikan semula motivasi kepada para pemain sehingga kini berjaya berada di tempat kedua liga dan mempamerkan prestasi yang cemerlang. "Mesyuarat jawatankuasa KFA membuat keputusan menyokong penuh kepimpinan YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor untuk meneruskan khidmat sebagai Presiden KFA dalam membawa sukan rakyat ini ke peringkat Asia dan segala sumbang khidmat cemerlang sebelum ini dapat diteruskan ke musim yang akan datang," tambah Dato' Haji Abdul Rahman Abdullah lagi. Dalam perkembangan yang sama, Jawatankuasa Eksekutif KFA memaklumkan pihaknya tidak berbincang berkaitan penggantian Presiden KFA dan meyakini Haji Sanusi akan mempertimbangkan semula keputusannya sebelum ini. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/11/2020, 1:28:25 PM 

Tiada ulasan