Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KELAB PENYOKONG ADUN-ADUN KERAJAAN, FAMA DAN YAYASAN AMAL RAI FRONTLINER PENJARA POKOK SENA POKOK SENA – Kelab Penyokong ADUN-ADUN Kerajaan Kedah bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Yayasan Amal menyampaikan bantuan sumbangan bekalan makanan kepada petugas barisan hadapan (frontliner) di Penjara Pokok Sena hari ini. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ketua Kelab Penyokong ADUN-ADUN Kerajaan Kedah, YB Ustaz Azam Abdul Samat dan disampaikan kepada wakil petugas penjara. Antara bekalan makanan yang disumbangkan ialah ayam mentah keluaran Ayam Bismi bersama bekalan masakan seperti beras, bawang, kentang, gula, minyak masak, garam dan rempah. Turut hadir Timbalan Speaker Kedah, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim, ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abdul Samat, ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood, ADUN Pedu, YB Haji Mohd Radzi Md Amin, ADUN Kuala Nerang, YB Haji Munir Haji Zakaria, Pengarah FAMA Negeri Kedah, Isa Haji Hamzah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/19/2020, 5:05:23 PM 

Tiada ulasan