Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MAJLIS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGERI KEDAH 2020 ALOR SETAR - Majlis penyampaian Anugerah Perdana Belia 2020 peringkat negeri Kedah berlangsung di Pejabat Menteri Besar Kedah hari ini. Exco Belia & Sukan, YB Mohd Firdaus Ahmad mengiringi YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyampaikan anugerah ini kepada beberapa pemenang yang terpilih. Johan bagi kategori individu lelaki dimenangi oleh Mohd Hafiz Haji Abu Hassan dan naib johan Mohamad Shafizal Mohamad Shafee. Manakala bagi kategori individu wanita pula dimenangi oleh Koh Kar Ling dan naib johan Nor Aziah Junus. Untuk kategori pertubuhan persatuan dimenangi oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Muda dan Naib Johan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Sik. Turut Hadir Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri Kedah, Siti Hasmah Hassan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/14/2020, 9:16:07 PM 

Tiada ulasan