Header Ads

test

PKOB PANTAU BANJIR DI KEDAH ALOR SETAR - Kedah buka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) peringkat negeri untuk memantau bencan...


PKOB PANTAU BANJIR DI KEDAH ALOR SETAR - Kedah buka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) peringkat negeri untuk memantau bencana banjir. PKOB di tempatkan di di Bilik Gerakan Blok B, Wisma Darul Aman tersebut akan dikendalikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK). Menteri Besar Kedah YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan perkembangan terkini banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di Kedah selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah pagi tadi. Banjir berlaku ekoran hujan berpanjangan menimpa negeri ini sejak beberapa hari lalu. Tambahnya lagi, kawasan terjejas sekarang ialah Pendang melibatkan empat mukim dengan satu pusat pemindahan dibuka di Dewan Cenderawasih. Sebanyak 19 keluarga terjejas yang terdiri daripada 62 orang yang dipindahkan. Bagi daerah Kota Setar, terdapat kenaikan paras air namun masih terkawal serta tidak melibatkan pemindahan penduduk. Sambungnya lagi keadaan beransur pulih setelah ketiadaan hujan pada hari ini. Beliau turut memaklumkan kadar pelepasan air di empangan masih terkawal dan limpahan air yang berlaku kini disebabkan hujan yang berterusan dan dijangka tamat 16 Oktober nanti mengikut maklumat jangkaan dari Jabatan Meteorologi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/14/2020, 6:22:46 PM 

Tiada ulasan