Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ADUN KERAJAAN KEDAH SOKONG PELAN PEMBANGUNAN KEDAH 2035 ALOR SETAR – Satu taklimat kepada ADUN-ADUN mengenai Pembangunan Negeri dan Pelan Pembangunan Kedah 2035 diadakan di Wisma Darul Aman hari ini. Pengerusi ADUN 'Backbencher', YB Mohd Azam Abdul Samat berkata, pertemuan ini merupakan permintaan dari Kelab ADUN-ADUN kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri bagi membuat perbentangan berkaitan hala tuju negeri kepada semua ADUN Kerajaan Negeri. "Projek- projek ekonik yang sebahagiannya telah dirancang oleh kerajaan sebelum ini, alhamdulillah disambut baik kerajaan hari ini bagi meneruskan perancangan tersebut supaya memberikan impak yang besar untuk rakyat. "Di samping itu, dibentangkan juga tentang permohonan yang dibuat kepada Kerajaan Persekutuan , projek-projek pembangunan dan Pelan Pembangunan Kedah yang melibatkan RM12, RMK13 dan RMK14," ujar beliau ketika ditemu ramah oleh wartawan sebentar tadi. Menurut YB, di dalam RMK12 telah dibentangkan beberapa projek pembangunan yang telah diajukan kepada Kerajaan Persekutuan untuk dijalankan di Kedah. Tambahnya lagi, pembentangan ini merupakan gambaran umum supaya ADUN-ADUN kerajaan memainkan peranan untuk menjayakan program-program pembangunan di peringkat daerah supaya selari dengan Kerajaan Negeri. Terdahulu, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor telah melancarkan Pelan Pembangunan Kedah 2035 sempena 100 hari pentadbiran kerajaan baharu di Dewan Seri Mentaloon September lalu. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/12/2020, 8:00:26 PM 

Tiada ulasan