Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KEBAJIKAN MASYARAKAT SIAM TURUT MENJADI KEUTAMAAN KERAJAAN NEGERI Pengerusi Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, YB Dr. Robert Ling Kui Ee menerima kunjungan pengurusan Galeri Yayasan Tunku Kassim di pejabatnya di Wisma Darul Aman. Dalam pertemuan mesra tersebut, antara perkara utama yang dibangkitkan adalah usaha untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah masyarakat Siam terutamanya yang tinggal di luar bandar. "Saya menyambut baik atas gerak kerja yayasan dan komitmen tinggi yang diberikan kepada mereka apatah lagi dalam situasi negara sekarang dalam membantu terutama penglibatan kerja-kerja amal," tambahnya lagi. Beliau yang juga Exco Alam Sekitar Negeri Kedah sempat membuat lawatan tapak ke Sungai Petani (Kg. Haji Wahab/Batu Dua) yang selesai dibersihkan oleh pihak JPS baru-baru ini. "Terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Muda. Respon positif dan terima kasih dari penduduk sekitar. Sekurang-kurangnya dapat meminimakan banjir kilat yang melanda dikala musim tengkujuh berlaku," ujar beliau menghargai usaha JPS. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/22/2020, 3:08:34 PM 

Tiada ulasan