Header Ads

test

KEDAH DARUL AMAN FOOTBALL CLUB NAMA BARU PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH ALOR SETAR- Setiausaha Kehormat KFA, YB Mohd Firdaus Ahmad me...


KEDAH DARUL AMAN FOOTBALL CLUB NAMA BARU PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH ALOR SETAR- Setiausaha Kehormat KFA, YB Mohd Firdaus Ahmad memaklumkan penukaran nama kelab bola sepak yang didaftarkan September lalu kepada Kedah Darul Aman FC. Pengumuman tersebut diumumkan ketika sidang media di Wisma Darul Aman petang tadi. "Kelab bola sepak yang kini dikenali sebagai Kedah Darul Aman (KDA) akan diurus oleh Darul Aman Football Club Sdn. Bhd.," ujar beliau. YB Mohd Firdaus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan memaklumkan persetujuan pihak KFA sebagai pemegang saham tunggal untuk menjual sebanyak 80 peratus pegangan sahamnya dan mengekalkan 20 peratus sebagai miliknya. "Berkenaan pemilik Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman ini, KFA sebagai pemilik saham tunggal Darulaman Football Club Sdn. Bhd. telah bersetuju menjual saham kepada Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) dengan pemilikan saham 80 peratus oleh MBI dan selebihnya 20 peratus akan dimiliki oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)," ujar Setiausaha Kehormat KFA lagi. Tambahnya, pihak KFA mengalukan lebih banyak syarikat tampil berunding bersama MBI bagi membeli dan menjadi pemegang saham. Proses pembelian saham tersebut perlu disegerakan bagi pihaknya membuat persiapan dan pengurusan pasukan menghadapi musim yang akan membuka tirai perlawanan tidak lama lagi. Dalam sidang media berlainan, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan keputusannya untuk menarik semula perletakan jawatannya sebagai Presiden KFA bagi memastikan perjalanan arena bola sepak stabil dan mengekalkan prestasi terbaik. Beliau membuat keputusan tersebut setelah pihak KFA menolak hasrat beliau bagi melepaskan jawatan itu beberapa minggu lalu. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/21/2020, 9:33:17 PM 

Tiada ulasan