Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
SUMBANGAN MAKANAN DARI PERTUBUHAN CINA ALOR SETAR - Sebanyak 88 pek bantuan makanan diserahkan kepada 88 Penduduk PKPD Tongkang Yard hari ini. Sumbangan ini disampaikan oleh Dewan Pertubuhan Cina yang diketuai oleh Datuk Cheng Lai Hock. Sumbangan ini terdiri daripada makan kering dan makanan asas yang mencukupi keperluan harian selama seminggu. Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Kedah, Nurul Amin Hamid menzahirkan ucapan terima kasih atas kesudian turun ke lapangan. "Saya berbangga dan rasa bersyukur kerana semua dewan kepimpinan sanggup turun padang angkat barang bawak naik ke lori bersama-sama dengan kita, tak kira Cina Melayu. Ini melambangkan kesatuan yang unik tanpa mengira latar belakang," ujar beliau ketika disoal oleh wartawan sebentar tadi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/2/2020, 7:00:07 PM 

Tiada ulasan