Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
PKPDB DILAKSANA DI KAWASAN PENJARA ALOR SETAR KUALA LUMPUR : Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran kawasan Penjara Alor Setar Kedah. "Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di kawasan penjara termasuk kuarters kakitangan selama 14 hari berkuatkuasa mulai jam 12.01 tengah malam, 6 Oktober 2020," tulis beliau yang masih menjalani kuarantin selepas pulang dari Sabah. Tambahnya lagi, pelaksanaan PKPDB bertujuan membendung penularan COVID-19 dalam kawasan tersebut serta memudahkan perlaksanaan aktiviti pengesanan kes secara bersasar. Dalam perkembangan yang sama, semua pergerakan keluar dan masuk melibatkan kawasan ini termasuk lawatan oleh keluarga tahanan adalah tidak dibenarkan. -UPDA 10/5/2020, 11:00:27 AM 

Tiada ulasan