Header Ads

test

CADANGAN PERUNTUKAN KHAS BUKANLAH SATU UGUTAN ALOR SETAR - Cadangan kerajaan Kedah memohon peruntukan pampasan khas terhadap K...


CADANGAN PERUNTUKAN KHAS BUKANLAH SATU UGUTAN ALOR SETAR - Cadangan kerajaan Kedah memohon peruntukan pampasan khas terhadap Kerajaan Persekutuan di atas kesanggupan negeri ini menyediakan kawasan tanah sawah bukanlah satu ugutan. Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pemakluman itu merupakan cadangan yang pernah disuarakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustafa Mohamed semasa lawatan ke Kedah. "Contoh ayat ugutan macam ini, kalau kerajaan tak bagi RM170 juta, saya akan menimbus semua bendang-bendang buat rumah, saya rasa ayat saya tak ada pun benda tu. "Kedua memang perkara ini telah dibangkitkan sejak sekian lama, bukan pada zaman saya. Dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 ada dinyatakan," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman semalam. Menurut Haji Sanusi, pihak beliau memohon kerajaan membuat pertimbangan berkaitan cadangan untuk menyediakan peruntukan khas buat negeri Kedah dalam Belanjawan 2021 disebabkan kesanggupan Kedah menyediakan bekalan beras negara termasuk mengekalkan hutan simpan Ulu Muda sebagai tadahan hujan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/5/2020, 1:00:01 PM 

Tiada ulasan