Header Ads

test

𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍! Bismillahirrahmanirrahim. Pertamanya, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat yang...


𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍! Bismillahirrahmanirrahim. Pertamanya, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat yang telah diberikan kepada kita semua. Alhamdullilah. Sebagai Penolong Pengurus Pasukan Liga Super Kedah, jutaan terima kasih saya rakamkan kepada YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah selaku Presiden KFA yang telah bertungkus lumus menyelesaikan gaji tertunggak pegawai dan pemain pasukan bagi musim 2020. Tidak lupa kepada semua penaja KFA yang turut memberi komitmen tinggi walaupun keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan ketika pandemik Covid-19 ini. Saya serta keseluruhan pasukan amat menyanjung tinggi komitmen yang dizahirkan oleh YAB Presiden dari awal beliau mengambil alih KFA sejak 12 Julai lepas sehingga hari ini dalam menyelesaikan satu persatu isu-isu berkaitan tunggakan gaji dan sebagainya, walaupun cabaran dihadapi bukanlah calang-calang, namun pelbagai rintangan dirungkai dengan teliti seterusnya dengan penuh hikmah menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh KFA. InsyaAllah kami bertekad, pasukan Kedah akan terus beraksi sehingga ke titisan peluh terakhir untuk mengucup kejayaan ditujukan khas kepada YAB Presiden yang telah bersusah payah, bergolok bergadai bagi memastikan tiada lagi tunggakan gaji dalam menghadapi saingan Piala Malaysia bermula Jumaat ini. Saya selaku penolong pengurus pasukan yakin dan percaya dengan komitmen terbaik dari pengurusan tertinggi KFA diketuai YAB Presiden, seharusnya saya dan keseluruhan pasukan berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh dalam melonjak pasukan untuk terus berada di pentas akhir TM Piala Malaysia 2020. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Menteri Besar Kedah selaku Presiden KFA yang melunaskan janji menyelesaikan masalah hutang dan gaji tertunggak akibat pandemik Covid-19. Terima kasih. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗵𝗮𝗳𝗮𝗿𝗶𝘇𝗮𝗺 𝗕𝗶𝗻 𝗕𝗮𝗱𝗲𝗿𝗼𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀 𝗣𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗟𝗶𝗴𝗮 𝗦𝘂𝗽𝗲𝗿 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 Sumber: FA Kedah 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #FAKedah -UPDA 11/5/2020, 11:03:23 AM 

Tiada ulasan