Header Ads

test

KEDAH ANJUR KEMPEN KESEDARAN SOP COVID-19 ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan kawasan bebas berniaga bagi seluruh da...


KEDAH ANJUR KEMPEN KESEDARAN SOP COVID-19 ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan kawasan bebas berniaga bagi seluruh daerah di Kedah selama setahun secara percuma. Namun peniaga perlu mematuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan keselamatan, kebersihan dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh MKN. Peniaga yang berminat perlu membuat permohonan permit di pejabat PBT secara percuma, kecuali peniaga yang telah memohon sebelum bulan November yang dikenakan RM 10 dan bayaran tersebut tidak akan dipulangkan. Pengumuman tersebut dimaklumkan oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor ketika sidang media semalam. Menurutnya lagi, kerajaan dengan kerjasama semua PBT akan mengadakan kempen dan pertandingan fotografi sebagai langkah bagi memberi kesedaran kepada pemilik premis dan memastikan masyarakat membudayakan pengamalan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika mengunjungi tempat terbabit. "Semua PBT akan menganjurkan kempen serta pertandingan fotografi bagi memberi kesedaran premis perniagaan agar patuh SOP sepanjang bulan Disember 2020 melibatkan lima kategori perniagaan iaitu penjaja, kedai makan, kedai runcit, pasar awam dan lain-lain premis," ujar beliau. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/26/2020, 1:00:01 PM 

Tiada ulasan