Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


BAJET 2021 BUKA PELUANG KEPADA SEMUA RAKYAT PELBAGAI PERINGKAT ALOR SETAR – Bajet 2021 membuka tawaran dan peluang kepada semua rakyat Kedah bagi merasai peruntukan di Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) baru-baru ini. Analisis Bajet 2021 siri ke dua mempersembahkan barisan panel yang berkarisma iaitu Ahli Dewan Negera Dato' Wira Othman Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sobri Osman. Wacana kali tersebut dipengerusikan oleh Penolong Eksekutif Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA), Aiman Abdullah Sani yang berlangsung di Pejabat UPDA baru-baru ini. "Kalau kita tengok bajet yang diperuntukkan adalah lengkap. Berkaitan hal kebajikan rakyat, hal agama, pertanian, perhutanan. Kalau nak tengok dari segi angka tak banyak, tapi sangat mencukupi. "Jadi kepada rakyat Kedah patut bersyukur, orang buat bendang (pesawah) pun tak ketinggalan menerima subsidi padi, untuk penoreh getah pun ada habuannya," ujar Dato' Wira Othman Aziz. Beliau juga mengingatkan kepada semua rakyat Kedah agar mengambil peluang yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Menurut Haji Sobri, memberikan kebajikan kepada rakyat bukan sekadar menghulurkan wang atau memberikan makanan tetapi perkara utama dalam menjaga kebajikan rakyat adalah dengan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. "Kita boleh melihat teras yang pertama projek-projek yang berimpak besar. Kesemua benda ini walaupun dimulakan dengan zaman dahulu, kita teruskan kerana semua ini adalah untuk kepentingan rakyat. "Memberikan kesejahteraan kepada rakyat ini, saya kira utama sekali adalah menyediakan peluang pekerjaan terutama di masa Covid ini dan peluang pekerjaan itu ada malah seperti kita memberi joran bukan memberi ikan sahaja," ujar beliau bersetuju dengan Bajet 2021 baru-baru ini. Beliau juga yakin bahawa kesemua teras yang dibentangkan perlu keterlibatan dari semua agensi yang ada bagi mencapai pelaksanaan yang terbaik kepada rakyat. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/26/2020, 3:11:15 PM 

Tiada ulasan