Header Ads

test

KEDAH CADANG PKPD DI KAWASAN KLUSTER BAYAM INDAH KULIM ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mencad...


KEDAH CADANG PKPD DI KAWASAN KLUSTER BAYAM INDAH KULIM ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan yang berdekatan dengan Kluster Bayam Indah di Kulim. Menurut Haji Sanusi, sebanyak 12 kluster di Kedah telah tamat dan kluster Bayam Indah ini mula dikesan pada 21 November kemudian pada 24 November terdapat 50 kes positif dari kluster ini. "Kita cadang PKPD dilaksanakan di kawasan terbabit kepada MKN sama ada lulus atau tidak bergantung sepenuhnya kepada keputusan MKN pada hari ini atau pun esok," ujar Haji Sanusi ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MKK) di Wisma Darul Aman, hari ini. Menurutnya lagi, Kulim merupakan kawasan industri dengan kapasiti penduduk sebanyak 329 ribu ini akan menyebabkan penularan merebak dengan cepat jika tidak dibendung. Tambah beliau lagi, kepadatan penduduk di kawasan kluster Bayam Indah ini dikira sebanyak 17 ribu penduduk dan lebih kurang 1412 rumah yang terlibat yang mempunyai seramai 6000 penduduk. "Kebimbangan kita adalah berlaku penularan di kawasan industri seperti di Selangor yang merebak di dalam kawasan kilang dan menjejaskan operasi produksi di kilang-kilang industri. "Di Kulim, kita ada Kulim High-tech yang menjana ekonomi negara dan sebagai tempat rakyat Kedah bekerja lebih kurang 30 ribu pekerja kilang. Kita tak mahu sampai kilang-kilang ini terpaksa ditutup dan akan beri kesan yang lebih besar," ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/25/2020, 3:34:21 PM 

Tiada ulasan