Header Ads

test

MENTERI BESAR KEDAH MENJAWAB ISU FITNAH PEMBELIAN KENDERAAN RASMI KERAJAAN ALOR SETAR - Isu pembelian 12 kereta Honda Accord 1...


MENTERI BESAR KEDAH MENJAWAB ISU FITNAH PEMBELIAN KENDERAAN RASMI KERAJAAN ALOR SETAR - Isu pembelian 12 kereta Honda Accord 1.5 TC oleh Kerajaan Negeri Kedah adalah bertujuan bagi kegunaan jabatan-jabatan kerajaan dan bukan diberikan kepada Exco seperti yang ditular di media sosial baru-baru ini. Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor pembelian kereta ini merupakan keputusan Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Besar lalu. "Peruntukan telah disediakan dalam Bajet 2020 urusan pembelian oleh Pegawai Kewangan Negeri Kedah bermula awal tahun tertangguh oleh kerana berlaku Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). "Jadi pembelian tersebut berlaku pada bulan ini kebetulan masa saya jadi Menteri Besar Kedah, ini rezeki saya," ujar beliau ketika sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini. "Ada kenderaan yang dibeli oleh Pegawai yang telah berpencen, mereka ini mempunyai kelayakan untuk membeli kenderaan yang mereka pakai. Ada dua kenderaan yang telah dibeli oleh pegawai terdahulu, Pengarah Tanah dan Galian dan Pengarah Hal Ehwal Agama Islam. Apabila pegawai itu beli kereta tersebut, jabatan itu tidak mempunyai kenderaan rasmi. "Ada Pegawai Daerah yang tidak mempunyai kenderaan rasmi kerana kenderaan yang dibeli pada tahun 2004 telah dilupuskan. Kenderaan ini dilupuskan kerana kos pembaikan telah melebihi 100 peratus harga kereta. Antaranya adalah Pegawai Daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Kulim. Mereka ini tidak mempunyai kereta, kena beli baharu. "Terdapat beberapa jabatan yang mempunyai Kenderaan sudah 10 tahun dan kos penyelenggaraan yang tinggi dan membebankan tidak economic untuk dibaiki dan tidak dapat digunakan untuk berjalan jauh. Antaranya Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri, dan Jabatan Kemasyarakatan Negeri Kedah, "ujar beliau. Maklum beliau lagi, kerajaan membelanjakan duit untuk membuat pembelian 11 Hilux 2.4 berwarna hitam adalah bertujuan untuk operasi perkhidmatan kepada rakyat di beberapa pejabat daerah antaranya Pejabat Daerah Sik, Baling, Kota Setar dan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam untuk operasi bencana dan projek di dalam kampung. Tambahnya lagi, terdapat beberapa jabatan yang tidak mempunyai kenderaan rasmi dan terpaksa menggunakan kenderaan sendiri untuk urusan rasmi antaranya Pejabat Pertanian Daerah Sik, Pejabat Pertanian Daerah Yan, Pejabat Pertanian Daerah Langkawi, Pejabat Veterinar Daerah Langkawi, Pejabat Veterinar Daerah Kulim, Pejabat Veterinar Daerah Bandar Bharu dan Pejabat Veterinar Daerah Langkawi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/25/2020, 5:30:01 PM 

Tiada ulasan