Header Ads

test

KERAJAAN KEDAH ADIL SAKSAMA DALAM MEMBERI PERUNTUKAN BELANJAWAN 2021 ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah tidak mengabaikan penia...


KERAJAAN KEDAH ADIL SAKSAMA DALAM MEMBERI PERUNTUKAN BELANJAWAN 2021 ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah tidak mengabaikan peniaga-peniaga kecil dan rakyat yang terkesan akibat Covid-19 ini di dalam Belanjawan 2021 Kedah. Menurut ADUN Kuala Nerang, YB Haji Munir Haji Zakaria sebanyak RM21.75 juta peruntukan yang akan diberikan kepada pelbagai pihak yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini. "Tidak benar andaian mengatakan bahawa pihak kerajaan hanya membela dan menjaga golongan atau kelompok tertentu sahaja tetapi mengabaikan kelompok terbanyak. "Dan kita amat bersyukur kepada Allah kerana Kerajaan Pusat dan Negeri sangat prihatin kepada kebajikan rakyat dalam suasana Covid-19 ini. Bagaimana Kerajaan Pusat dan negeri telah mewujudkan zon bebas niaga, " ujar beliau ketika Mesyuarat Sidang Undangan Negeri Kedah (DUN) di Wisma Darul Aman, baru-baru ini. Beliau juga menasihati supaya rakyat perlu menggunakan peluang yang diberikan ini sebaik-baiknya dan menjaga peraturan yang telah ditetapkan. "Begitu juga dengan pihak pengusaha tempatan walaupun sudah ada peraturan, ada undang-undang pastikan perlu ada budi bicara dan ruang tolak ansur untuk memastikan bahawa ekonomi terus berkembang dan orang yang marhaen ini tetap terbela," tegas beliau. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/23/2020, 7:00:02 PM 

Tiada ulasan