Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


TERAJU BANTU USAHAWAN DI KEDAH ALOR SETAR – Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) telah memperuntukkan sebanyak RM517 juta dalam bidang sosial ekonomi untuk membantu syarikat-syarikat yang akan menjalankan projek penanaman bagi usahawan-usahawan di Kedah. Ketua Pegawai Eksekutif (TERAJU), Haji Md Silmi Abdul Rahman bersama rombongan hadir kunjung hormat Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, semalam. Tujuan kunjung hormat ini adalah untuk membentangkan program-program terkini kepada YAB Haji Muhammad Sanusi khususnya dalam bidang sosial ekonomi. "Program pertama adalah penanaman rumput laut di Langkawi dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia. Kita juga akan membantu 20 atau 30 usahawan di Pulau Tuba bagi melancarkan perusahaan kupang," ujar beliau ketika di tanya oleh wartawan tentang program terkini di Kedah. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/23/2020, 4:21:53 PM 

Tiada ulasan