Header Ads

test

KERAJAAN KEDAH SELESAI HUTANG SADA RM78.33 JUTA ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran YAB Haji Muhammad Sanus...


KERAJAAN KEDAH SELESAI HUTANG SADA RM78.33 JUTA ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor selesaikan hutang Syarikat Air Darul Aman (SADA) sebanyak RM78.33 juta sejak memegang tampuk pentadbiran bermula Mei lalu. Haji Sanusi berkata, RM147 juta merupakan jumlah sebenar hutang dari tahun 2017 hingga Mei. Sehingga Oktober ini baki hutang masih mempunyai sebanyak RM68 juta. "Kerajaan mengambil pendekatan mengurangkan beberapa kos operasi sebagai langkah penjimatan antaranya membatalkan kontrak kerja-kerja mesin rumput yang menelan kos RM99,000 sebulan atau hampir RM1.9 juta setahun. "Sebaliknya tugas berkenaan diserah kepada kakitangan SADA yang dilakukan selepas waktu kerja. Hasilnya kos bulanan menjadi RM36,129 dan berlaku penjimatan sebanyak RM62,000," katanya ketika sidang media semalam di Wisma Darul Aman. Menurutnya lagi, mengurangkan kos operasi ini telah membuat penjimatan sebanyak 64 peratus kos yang ditanggung selama ini. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/29/2020, 5:00:59 PM 

Tiada ulasan