Header Ads

test

MPFN LULUSKAN KXP UNTUK DIBENTANG PADA KABINET ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan L...


MPFN LULUSKAN KXP UNTUK DIBENTANG PADA KABINET ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) diluluskan setelah dibentangkan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) secara atas talian. Beliau mendedahkan bahawa projek mega KXP ini baru sahaja selesai prosedur pertama di bawah kepimpinannya sebagai Meteri Besar untuk mendapatkan kelulusan kerajaan Persekutuan walaupun telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ni enam tahun lalu. "Selepas 6 tahun (2014-2020), inilah baru KXP berjaya melepasi 'anak tangga pertama' dalam urutan prosedur rasmi projek-projek berskala besar negara -MPFN," tulis beliau membuat pendedahan di laman rasmi Facebook miliknya semalam selepas selesai bermesyuarat bersama urusetia MPFN dua hari lalu. Dalam perkembangan yang lain, Haji Sanusi turut memaklumkan dalam sidang media semalam KXP yang akan dibina itu bakal menjadi pencetus ekonomi kepada Kedah, Pulau Pinang dan Perak berikutan kedudukannya yang strategik. KXP dibangunkan bersama komponennya yang lain seperti pembangunan Taman Aeropolis Sidam, Taman Perindustrian Tinggi Kulim dan taman semikonduktor dan pembinaan lebuh raya baharu. Pelaksanaan projek KXP dijangka melonjakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 4.6 peratus. Tambahnya lagi, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat konsultan, akan berlaku peningkatan bilangan penumpang melebihi kapasiti maksimum 12 juta penumpang setahun yang mampu ditampung oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kerana hanya mempunyai dua landasan sahaja. Justeru, pembinaan KXP dengan empat landasan secara berperingkat nanti bakal menampung lebihan penumpang tersebut. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/29/2020, 1:00:07 PM 

Tiada ulasan