Header Ads

test

KERAJAAN PERLUAS KAWASAN BEBAS NIAGA DI 12 DAERAH ALOR SETAR – Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor membenarkan semu...


KERAJAAN PERLUAS KAWASAN BEBAS NIAGA DI 12 DAERAH ALOR SETAR – Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor membenarkan semua 12 daerah dalam negeri Kedah menjalankan 'Kawasan Bebas Berniaga' kepada peniaga-peniaga kecil di mana kawasan tersebut di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bermula minggu hadapan. Terdahulu, Kerajaan Kedah hanya mewujudkan 'Kawasan Bebas Berniaga' di lima tempat yang terpilih antaranya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), Majlis Perbandaran Langkawi (MPL), Majlis Perbandaran Kulim (MPK) dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) yang telah berkuat kuasa hari ini 15 November 2020. "Banyak Dipertua PBT minta untuk dilaksanakan di tempat mereka, memang saya sangat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh PBT-PBT untuk membuka ruang ini kepada rakyat. "Rakyat yang nak berniaga bolehlah membuat persiapan untuk mendaftar dan melihat tempat yang sesuai untuk dipohon kepada PBT, cuma saya ingin mengingatkan bahawa tidak boleh menanda tempat-tempat tertentu sebagai hak sendiri, kemudian menyewakan kepada peniaga-peniaga lain dengan harga yang lebih tinggi," ujar beliau ketika sidang media selepas Mesyuarat Ketiga Dewan Undangan (DUN) Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman, hari ini. Haji Sanusi menegaskan PBT perlu mengambil perhatian terhadap lalu lintas, pencemaran, kebersihan dan sindiket mengambil kesempatan di atas kesempitan yang dihadapi oleh peniaga lain dan jika ia berlaku akan dikenakan tindakan oleh penguat kuasa. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/16/2020, 5:00:04 PM 

Tiada ulasan