Header Ads

test

KETETAPAN SEKTOR PELANCONGAN DAN PERNIAGAAN PKPB DI KEDAH ALOR SETAR - Perbincangan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah ...


KETETAPAN SEKTOR PELANCONGAN DAN PERNIAGAAN PKPB DI KEDAH ALOR SETAR - Perbincangan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan beberapa ketetapan di bawah Sektor Pelancongan, Belia dan Sukan serta Pembangunan Usahawan dan Korporat, YB Mohd Firdaus Ahmad berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa 9 November sehingga 6 Disember 2020. Menurut beliau aktiviti pelancongan dan kesenian bagi negeri Kedah dibenarkan beroperasi di dalam kawasan PKPB sahaja dengan mematuhi SOP yang ketat, penjarakan sosial dan menggunakan My Sejahtera serta memastikan tidak terlalu ramai pengunjung. Berkaitan dengan sektor sukan dan perniagaan, aktiviti sukan dibenarkan dijalankan dengan tidak melebihi 10 orang. Manakala aktiviti perniagaan dibenarkan berjalan seperti biasa dari jam 6 pagi sehingga 10 malam. "Kerajaan negeri Kedah menasihati kita semua agar sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa," ujar YB Firdaus ketika sidang media di sini hari ini. Beliau juga maklum mengenai pusat pelancongan Langkawi yang terjejas teruk akibat ketiadaan pelancong. Berkaitan masalah ini, beliau telah memaklumkan kepada Kementerian Pelancongan untuk memandang serius permasalahan yang berlaku ini disebabkan Pulau Langkawi merupakan antara sumbangan terbesar kepada sektor pelancongan negara. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/9/2020, 1:00:01 PM 

Tiada ulasan