Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PROJEK BERSEPADU PEMBANGUNAN EKONOMI KAMPUNG KULIM - Seramai 35 penerima bantuan meliputi 11 orang dari Projek Program Bantuan Rumah (BPR), 14 penerima dari Projek Pertanian dan 10 orang dari Projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Majlis Penyerahan Bantuan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) semalam. Majlis PROSPEK ini dirasmikan oleh Exco Pembasmian Kemiskinan, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali yang diadakan di Pusat Kegiatan Ekonomi (PKE) Sidam Kanan, Padang Serai, Kulim, Kedah Darul Aman. PROSPEK merupakan Projek Rintis Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang dilaksanakan di dua Negeri iaitu di Kedah dan Terangganu. Di Negeri Kedah KPLB melantik KEDA sebagai agensi pelaksana yang diberi tanggungjawab menjayakan projek tersebut dan Mukim Sidam Kanan dipilih sebagai lokasi pilihan. Selain itu, PROSPEK juga merupakan projek yang memfokuskan kepada pembangunan di beberapa perkampungan sedia ada yang berdekatan sekurang-kurangnya lima buah kampung tanpa melibatkan pembukaan kawasan baharu. Projek ini juga bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar melalui program peningkatan pendapatan, meningkatkan kualiti hidup serta menaiktaraf kemudahan prasarana di kampung-kampung sedia ada. Majlis turut dihadiri oleh Pengurus Besar KEDA, Haji Kamarudin Abdul Akib. -UPDA 11/9/2020, 3:00:00 PM 

Tiada ulasan