Header Ads

test

MBI BAKAL MELEPASKAN KDA FC ALOR SETAR - Pemilikan 80 peratus saham Kedah Darul Aman FC (KDA FC) oleh Perbadanan Menteri Besa...


MBI BAKAL MELEPASKAN KDA FC ALOR SETAR - Pemilikan 80 peratus saham Kedah Darul Aman FC (KDA FC) oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah akan beralih kepada sebuah syarikat gergasi yang mempunyai kewangan kukuh dan berpengalaman dalam arena sukan bola sepak. "Persetujuan berhubung perkara ini sebenarnya sudah dibuat beberapa minggu lalu, dan peguam kedua-dua belah pihak sedang meneliti terma perjanjian yang akan dimeterai," ujar Presiden KFA, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam sidang media semalam selepas bermesyuarat bersama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Haji Sanusi bagaimanapun mahu merahsiakan nama syarikat tersebut sehingga selesai proses pemeteraian perjanjian antara kedua-dua pihak yang dijangka dalam masa dua minggu lagi. Tambahnya lagi, pemilikan 20 peratus masih kekal milik KFA. Sebelum ini, KFA meletakkan nilai 30 juta untuk operasi pengurusan pasukan KDA FC pada musim depan. Justeru, beliau menyerahkan keputusan untuk mengendalikan pasukan kepada syarikat terbabit samada akan membawa masuk pemain ternama yang menelan belanja tinggi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/5/2020, 9:00:03 AM 

Tiada ulasan