Header Ads

test

NAFAS SEBAGAI AJEN TUNGGAL PENGEDAR BENIH PADI ALOR SETAR – Exco Perusahaan, Peladangan dan Komuniti, YB Azman Nasruddin membe...


NAFAS SEBAGAI AJEN TUNGGAL PENGEDAR BENIH PADI ALOR SETAR – Exco Perusahaan, Peladangan dan Komuniti, YB Azman Nasruddin memberi cadangan untuk menambahbaik pengeluaran dan pengedaran benih padi di masa hadapan. Antara cadangan beliau adalah memberikan kuota pengeluaran yang lebih kepada syarikat berkaitan GLC bagi kawalan yang lebih mudah ke atas harga dan kualiti, meletakkan harga dan syiling benih padi, meletakkan syarat peratusan jualan bagi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang lebih tinggi berbanding ejen-ejen yang dilantik khas dan memantau harga akhir jualan kepada peladang. YB Azman menyampaikan cadangan tersebut setelah menjawab soalan daripada ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) di Wisma Darul Aman pada 18 November lalu. "Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mencadangkan mulai 2021 untuk melantik Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menjadi ejen tunggal sebagai pengedar benih padi bagi membolehkan penetapan harga syiling benih padi sah dilaksanakan tanpa membabitkan tambahan peruntukan insentif daripada kerajaan." Ujar beliau. Pengalaman NAFAS sebagai pengedaran Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) di seluruh negara antara faktor utama ia dipilih sebagai ejen tunggal. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #sidangdun14kedah #BajetKedah2021 -UPDA 11/22/2020, 11:30:02 PM 

Tiada ulasan