Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PELUANG PEKERJAAN ANAK MUDA DI CIDB ALOR SETAR - Satu pertemuan antara Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi membantu merancakkan lagi peluang pekerjaan kepada belia di negeri Kedah. Tujuan pertemuan ini juga adalah untuk memperkenalkan CIDB kepada YAB Haji Muhammad Sanusi dan untuk menjelaskan peranan CIDB di Kedah. Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid berkata, syarikat ini merupakan badan berkanun yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membangunkan tenaga kerja mahir untuk pembinaan di Malaysia. CIDB ini juga telah menubuhkan enam cawangan di Malaysia dan cawangan di Kedah berada di Sintok, Bukit Kayu Hitam. "Kita berharap dengan kerjasama CIDB dan Kerajaan negeri dapat meningkatkan perlibatan pekerja belia-belia tempatan dalam sektor pembinaan. "Dan yang paling penting kita dapat mengurangkan masalah penganguran pada ketika ini disebabkan Covid-19," ujar beliau ketika diwawancara oleh wartawan semalam. Turut hadir Pengarah CIDB Kedah,Mohd Azmi Zulkifli, Ketua Eksekutif Akademi Binaan Malaysia, Mohd Nazri Haji Zakaria. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/23/2020, 8:30:20 AM 

Tiada ulasan