Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


RM5.65 JUTA PERUNTUKAN PERTANIAN DALAM BAJET KEDAH 2021 ALOR SETAR – Peruntukan Bajet Kedah 2021 membuka peluang kepada anak muda ceburi bidang pertanian. Menurut ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood dalam Bajet Kedah 2021 diperuntukkan sebanyak RM5.65 juta untuk projek pertanian. "Ramai anak muda yang terlibat dengan pertanian. Kita kena ambil pertanian satu peluang," ujar beliau dalam wacana Analisis Bajet Kedah 2021 yang lalu anjuran Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA) semalam. Jelas beliau, anak muda perlu melibatkan diri dalam sektor pertanian kerana ianya dapat menjana pendapatan yang lumayan. Tema Bajet Kedah 2021 iaitu 'Kedah sejahtera, nikmat untuk semua ternyata tidak meminggirkan golongan belia malah membuka ruang yang lebih luas kepada semua. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/27/2020, 9:24:14 PM 

Tiada ulasan