Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


AADK DAN JABATAN PENERANGAN BALING TURUN PADANG BERSAMA ADUN KUALA KETIL KUALA KETIL - ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria bersama Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Penerangan Daerah Baling mengadakan program minum pagi bersama masyarakat setempat Kampung Tembak A di gerai bersebelahan dengan Masjid Tembak. Program santai bersarapan bersama tersebut dijalankan bagi menyampaikan maklumat berkaitan norma baru PKPP dan juga isu komuniti 'empowerment' berkaitan pencegahan dadah. Jabatan Penerangan Daerah Baling turut mengedarkan face mask percuma kepada orang ramai yang hadir. YB Mejar Mansor kemudian meneruskan aktivitinya dengan menziarahi warga emas yang uzur di Kampung Tandop Pisang, Parit Panjang. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/30/2020, 3:10:21 PM 

Tiada ulasan