Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


BANJIR KILAT DI BEBERAPA KAWASAN NEGERI KEDAH SIK – Beberapa kawasan di Kedah terkesan teruk akibat banjir kilat susulan hujan lebat bermula semalam dan telah menarik perhatian beberapa pihak. Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor meninjau kawasan banjir di Lubuk Besar, Sik pagi tadi. Penduduk di kawasan itu menyifatkan bahawa arus deras sudah berlaku 25 tahun yang lalu. Akibat banjir deras ini telah menyebabkan dua titi di kampung tersebut patah dan menyukarkan penduduk kampung terputus jalan keluar. Ekoran dari rakaman video yang tular pada 21 November 2020 berkaitan limpahan air yang berlaku di Empangan Muda, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengambil tindakan dengan memantau dan memaklumkan status kedudukan Empangan Muda dari masa ke semasa berkaitan keadaan paras air kepada pihak Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda. Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Sik, Amir Ezzat Ismail, Pegawai Khas Menteri Besar, Helmi Khalid. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/22/2020, 2:14:25 PM 

Tiada ulasan