Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


SERAHAN SUMBANGAN TABUNG WANITA SEJAHTERA PARLIMEN SIK SIK – Seramai 60 wanita menerima sumbangan dari Kerajaan negeri Kedah pada Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Wanita Sejahtera bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri, Sungai Pau hari ini. Sumbangan ini disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor kepada DUN Jeneri dan DUN Belantik. Tabung Wanita Sejahtera adalah satu inisiatif bantuan kerajaan negeri Kedah di bawah Portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan wanita yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dalam usaha mengembangkan perniagaan sedia ada. Program Tabung Wanita Sejahtera ini dikendalikan oleh Exco Pembangunan Wanita, YB Halimaton Shaadiah Saad. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/1/2020, 1:00:01 PM 

Tiada ulasan