Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


BAJET 2021 KEDAH MANTAPKAN SEKTOR PELANCONGAN ALOR SETAR – Kerajaan negeri memperuntukkan RM4 juta menaik taraf Muzium Padi di Gunung Keriang serta gua-gua yang menjadi tempat utama pelancongan di Kedah seperti Gunung Baling, Gua Sireh dan Gua Kelambu. ADUN Bayu, YB Nasir Idris mengulas peruntukan Bajet 2021 dalam Program Wacana Analisis Bajet Kedah 2021 bersama Pegawai Khas Masyarakat India, Kumaresan BK dan dipengerusikan oleh Penolong Eksekutif, Mohd Ajmal Ali yang berlangsung di Pejabat Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA), semalam. "4.5 juta disediakan untuk Jabatan Perhutanan bagi tujuan pembangunan hutan lipur untuk membaik pulih Taman Eko Rimba, Lata Bukit hijau, Lata Mengkuang, Titi Hayun dan juga Bukit Wang," ujar beliau. Menurut beliau lagi, Kerajaan Kedah mengambil inisiatif menghapus kira cukai hiburan bagi membantu para pengusaha menaik taraf kemudahan taman tema bagi keselesaan pelancong. Tambah beliau, kerajaan memohon semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jabatan dan semua anak syarikat negeri Kedah untuk mengadakan kursus atau program di Langkawi bagi memulihkan pelancongan di sana. Beliau bersetuju dan yakin dengan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan kedah pada Bajet 2021 dapat memperluaskan lagi tempat-tempat pelancongan dengan menerokai tempat-tempat menarik di Kedah. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/30/2020, 1:00:01 PM 

Tiada ulasan