Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


NELAYAN KEDAH TERIMA SUMBANGAN KELENGKAPAN MENANGKAP IKAN Exco Pelancongan, Seni & Budaya, Belia & Sukan dan Pembangunan Usahawan & Koperasi, YB Tuan Mohd Firdaus Ahmad menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Barangan Nelayan & Keperluan Rumah Asnaf. Sebanyak empat pengkalan nelayan mendapat sumbangan daripada YB Firdaus. Antaranya Pengkalan Nelayan Kuala Temoyong, Pengkalan Nelayan Teluk Baru, Pengkalan Nelayan Kuala Cenang dan Pengkalan Nelayan Sungai Kuah. Penyampaian sumbangan kali ini melibatkan 140 penerima yang menerima pelbagai bentuk sumbangan yang telah disampaikan oleh Adun Kuah. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Haji Rohaizad Rashid, Ketua Polis Balai Kuah, ASP Nor Azlee Khalapiah, Timbalan Pegawai Daerah Langkawi, Haji Zukifli bin Abdullah, Pegawai LKIM Daerah Langkawi, Azahar Hassan dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/29/2020, 9:09:43 AM 

Tiada ulasan