Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


GOTONG-ROYONG PAIP AIR MASYARAKAT SIK – Satu program Gotong-Royong Paip Air Masyarakat dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada 200 buah rumah di Kampung Charok Damar dan Kampung Charok Gua dan sekitarnya. ADUN Belantik, YB Ustaz Haji Mohd Isa Shafie berkesempatan bersama dalam Program ini dan menyerahkan sumbangan korporat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), baru-baru ini. Sumbangan paip air bernilai lebih RM15,000 sepanjang 1.5 kilometer itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Saliran Negeri Kedah, YB Suraya Yaacob. Turut hadir Timbalan Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Utara, Khitob Ahmad serta Pegawai Khas Kawasan kepada Menteri Besar Negeri Kedah, Tuan Haji Badrul Hisham Abdul Rahman. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/3/2020, 5:00:00 PM 

Tiada ulasan