Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KEDAH SASAR PELABURAN RM 32 BILION MENJELANG 2025 ALOR SETAR - YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) Kedah 3/2020 oleh NCIA secara fizikal dan atas talian di Bilik Mesyuarat Aras 15, Wisma PKNK hari ini. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) Kedah 3/2020 oleh NCIA secara fizikal dan atas talian bagi membincangkan tentang plan pelaksanaan Pembangunan Strategik NCER (SDP 2021-2025). "Projek -projek strategik dan berimpak tinggi Kedah bawah Pelan Pembamgunan Strategik 2021-2025 (SDP) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) mempunyai keupayaan untuk menarik pelaburan terkumpul lebih RM32 bilion menjelang 2025 dan mewujudkan lebih 43,000 peluang pekerjaan serta melahirkan 10,000 usahawan baharu." Kerajaan Kedah dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan terus bekerjasama rapat bagi membangunkan ekonomi negeri ini untuk kesejahteraan rakyat Kedah. Turut hadir dalam mesyuarat ini, Pengarah Pejabat Pembangunan negeri Kedah, Dr Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Pengarah Plan Malaysia, Hajah Asni Mustafa, Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Mahazi Haji Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah, Haji Muhamad Sobri Osman, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Haji Ahmad Fisol dan Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato Haji Abdul Rahman Abdullah. -UPDA 11/3/2020, 1:30:03 PM 

Tiada ulasan