Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


QATAR AIRWAYS CADANG BANTU PELANCONGAN LANGKAWI ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menerima kunjungan hormat dari agensi penerbangan Qatar di Wisma Darul Aman, semalam. Pertemuan ini adalah untuk memberi cadangan dan berkongsi pendapat bersama Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor bagi membuka semula penerbangan dari Doha ke Langkawi bagi meningkatkan semula sektor pelancongan di Kedah. Aktiviti pelancongan di Langkawi merosot apabila sektor pelancongan merundum akibat Pandemik Covid-19. "Sekarang ini penduduk di Langkawi banyak terkesan dari Pandemik Covid-19 ini disebabkan industri pelancongan banyak yang terhenti. "Sebab di Langkawi ini hampir 110 ribu orang yang terlibat secara langsung dengan industri pelancongan ini," ujar Dato' Muzammil ketika pertemuan sebentar tadi. Pertemuan ini juga membincangkan berkaitan dengan peluang merancakkan ekonomi dengan mewujudkan penerbangan 'International Travel Bubble' bagi membolehkan negara-negara yang sedikit kes Covid-19 dengan memperketatkan SOP yang ditetapkan. "Semua pelancong ini perlu menjalankan saringan kesihatan dan sekiranya disahkan negatif, barulah mereka akan mendaftar ke hotel-hotel yang terpilih sahaja. Aktiviti-aktiviti pelancongan di Langkawi hendaklah dilaksanakan secara khusus untuk pelancong sahaja tanpa bercampur dengan pelancong tempatan,"ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/23/2020, 11:08:33 AM 

Tiada ulasan