Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Usai tugasan di Wisma Darul Aman, kami singgah minum petang di suatu warung tidak jauh dari Gunung Keriang. Tidak lama kemudian, menderu banyak jentera BOMBA ke arah Padang Hang. "Ada kebakaran ka?" Seorang dari kami bertanya. Kami ambil keputusan nak lihat apa yang berlaku. Tidak jauh kereta bergerak, sudah dapat kami nampak kepulan asap hitam. ——————————————— Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung. Semua bahagian rumah habis dijilat api, kecuali dinding simen. Kelihatan tidak jauh dari situ, Encik Bakar, sedang usap-usap dada. "Pakcik ok ka?", kami bertanya khabar dan perkenalkan diri. ——————————————— Semoga Encik Bakar sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MediaMB -UPDA 11/4/2020, 8:02:11 PM
Post a Comment