Header Ads

test

''Saya ucapkan jutaan Terima kasih kepada Menteri Kewangan dan Kerajaan Persekutuan yang telah memberi fokus secara khusus kepad...


''Saya ucapkan jutaan Terima kasih kepada Menteri Kewangan dan Kerajaan Persekutuan yang telah memberi fokus secara khusus kepada program pembangunan beberapa infrastruktur penting di Kedah. Saya mengharapkan Kedah akan berada dalam senarai utama projek pembangunan infra luar bandar yang mendapat dana besar sebanyak RM2.7 bilion''. ujar YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #belanjawan2021 Saya ucapkan jutaan Terima kasih kepada Menteri Kewangan dan Kerajaan Persekutuan yang telah memberi fokus secara khusus kepada program pembangunan beberapa infrastruktur penting di Kedah. Saya mengharapkan Kedah akan berada dalam senarai utama projek pembangunan infra luar bandar yang mendapat dana besar sebanyak RM2.7 bilion. Bagi saya, belanjawan yang dibentangkan pada hari ini adalah bersifat inklusif yang bermatlamat kesejahteraan bagi semua kelompok masyarakat selain bermatlamat untuk mengurangkan beban rakyat dalam menangani impak pandemik Covid-19 yang belum tentu bila akan berakhir. Saya juga tertarik dengan banyak penambahbaikan dalam Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang dijenamakan semula daripada Bantuan Sara Hidup (BSH). Belanjawan Teguh Kita Menang Bersama dengan nilai RM322.5 bilion untuk tahun 2021 adalah belanjawan terbaik dan diperlukan untuk memulihkan semula ekonomi negara. Sebagaimana kita bersatu dalam menyediakan usul ini, sekarang adalah masa untuk kita bekerja keras mencapai matlamat pemulihan tahun hadapan. Secara keseluruhannya Bajet yang di bentangkan petang ini dialu-alukan kerana: A. Bajet yang mencakupi semua perkara yang di perlukan rakyat. B. Menyediakan banyak insentif untuk memaju dan mengembangkan ekonomi Malaysia. C. Menyediakan bantuan secara langsung kepada rakyat B40, wanita, golongan miskin, OKU dan yang terkesan dengan covid 19. Untuk Kedah, saya berterima kasih di atas bajet 2021 memberi kesan langsung kepada Kedah dalam belanja pembangunan dan mengurus. Antaranya: 1. Peruntukan untuk projek Loji Rawatan Air (LRA), jalan raya dari Grik ke Kulim, infrastruktur zon pembangunan khas di Yan dan Baling. Ini memberi faedah langsung kepada Kedah. 2. Peruntukan untuk senggara kawasan industri, jalan kampung, akan bantu Kedah secara langsung. 3. Pengumuman Peningkatan insentif pengeluaran getah (IPG) sekali ganda, insentif kepada nelayan & petani yang akan banyak memberi manfaat kepada golongan sasar di Kedah. 4. Elaun Imam Siak Bilal dan guru takmir turut di naikkan. 5. Peruntukan untuk membangunkan Loji Rawatan Air baru di Kubang Pasu untuk penduduk dan kawasan industri baru sangat-sangat dihargai. 6. Bagi projek naik taraf jalan luar bandar yang akan didanai sebanyak RM1.32 bilion, saya amat mengharapkan untuk jalan-jalan ban di kawasan MADA, perkampungan KEDA dan Kawasan Felda turut diberikan perhatian. Ini kerana kawasan-kawasan tersebut juga adalah termasuk kawasan luar bandar. Saya yakin rakyat berpuas hati dengan semua skim bantuan yang diumumkan. Pemberian khas kepada frontliners yang bertungkus lumus menghadapi covid19 adalah langkah terpuji kerajaan persekutuan. Muhammad Sanusi Md Nor Alor Setar Kedah.-UPDA 11/6/2020, 7:58:41 PM 

Tiada ulasan