Header Ads

test

SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI DITERUSKAN ALOR SETAR - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung selama 5 hari b...


SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI DITERUSKAN ALOR SETAR - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung selama 5 hari bermula 15 hingga 19 November 2020 ini akan diteruskan dan mengambil Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang dipraktikkan di Dewan Parlimen Malaysia. Masa persidangan diawalkan bermula dari jam 8.30pagi sehingga 1.00petang sahaja pada setiap hari. Menurut Haji Sanusi dalam sidang media selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) semalam, "semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hendaklah menjalankan ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum berlangsungnya sidang DUN. " Keputusan ujian saringan Covid-19 perlulah dipamerkan di pintu luar dewan persidangan sebagai rujukan kesihatan. Penghadang lutsinar telah di pasang dan penggunaan My Sejahtera diwajibkan kepada semua sebelum memasuki dewan. Selain itu, semua permukaan fizikal seperti pintu, meja akan disanitasi sebelum dan selepas penggunaan dewan.'' Jemputan hanya kepada ADUN dan Ketua Jabatan yang terlibat sahaja dan pemerhati luar tidak dibenarkan masuk. Bagi pihak media dibenarkan membuat liputan tetapi tidak dibenarkan memasuki dalam dewan. Rakaman atau siaran secara langsung boleh didapati di tempat yang ditetapkan di bilik Unit Media Kedah (UMK). 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/11/2020, 9:00:01 AM 

Tiada ulasan