Header Ads

test

PKPB KEDAH DILAKSANAKAN DENGAN TERATUR ALOR SETAR - Polis Di Raja Malaysia (PDRM ), dengan kerjasama Angkatan Sukarelawan Malay...


PKPB KEDAH DILAKSANAKAN DENGAN TERATUR ALOR SETAR - Polis Di Raja Malaysia (PDRM ), dengan kerjasama Angkatan Sukarelawan Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah mengadakan sekatan jalan raya di 33 lokasi di seluruh negeri Kedah bagi mengawal pergerakan keluar masuk rentas negeri dan rentas daerah. Selain itu terdapat 11 sekatan jalan raya secara mobile di 11 lokasi lain. Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi akan memastikan PKPB dapat dilaksanakan dengan teratur di Negeri Kedah. Beliau berucap ketika sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) di Wisma Darul Aman hari ini. Menurut beliau, Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi operasi masjid dan akad nikah, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telah mengeluarkan arahan pelaksanaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau serta tatacara perkhidmatan nikah dan rujuk pada 9 Nov 2020 membenarkan hanya nikah sahaja yang boleh dilaksanakan. Manakala SOP rumah ibadat bukan Islam, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan upacara perkahwinan maksimum hanya 30 orang sahaja dibenarkan berdasarkan ruang dan penjarakan fizikal. Bagi sambutan perayaan Depavali kerajaan telah membenarkan penganut agama Hindu mengikuti sesi upacara sembahyang di kuil pada hari pertama sahaja dari jam 7.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Menurut beliau lagi, taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlulah mendapatkan kebenaran dari JKM negeri bagi membuat permohonan untuk menjalankan operasi seperti biasa. SOP kedai makan pula perlu mempamerkan jumlah kapasiti pelanggan yang terhad dibenarkan masuk dan melaksanakan penjarakkan satu meter di antara pelanggan untuk meminimumkan penularan covid-19. "Saya harap, semua sektor di Kedah bekerjasama untuk memastikan Kedah dapat kembali menjadi negeri hijau daripada Covid-19," ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/10/2020, 11:47:36 PM 

Tiada ulasan