Header Ads

test

ZAKAT KEDAH MENJADI RUJUKAN DUNIA ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menjadi rujukan dunia dan terkedepan berkaitan...


ZAKAT KEDAH MENJADI RUJUKAN DUNIA ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menjadi rujukan dunia dan terkedepan berkaitan pengurusan kutipan dan agihan dari beberapa negara. Menurut Menteri Besar YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, negara Thailand, Uganda, Ghana, Indonesia dan Nigeria adalah antara negara yang hadir ke program 'Kedah International Zakat Academic' bagi menimba ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan zakat. "Disebabkan padi merupakan hasil tanaman utama di Negeri Kedah, maka zakat pendapatan padi tersebut perlu dibayar dan boleh membuat pemotongan terus kepada amil yang dilantik sementara. "Hal ini telah banyak mendatangkan peningkatan kepada kutipan hasil dan telah menjadi contoh untuk negara lain," ujar beliau ketika sidang media selepas Mesyuarat Sidang Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman, hari ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada LZNK atas pencapaian dan program-program yang telah dilaksanakan seperti bekalan makanan di setiap masjid, bantuan pelajar dan bantuan orang susah. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/18/2020, 7:57:20 PM 

Tiada ulasan